Isnin, 28 Oktober 2013

PASUKAN TKRS SK PEKAN JUARA KAWAD KAKI

Tahniah Pasukan Kawad Kaki SK Pekan Beluran kerana menjadi JOHAN dalam pertandingan peringkat Sekolah-sekolah Daerah Beluran berlangsung di SMK Beluran 2 pada 28 OKTOBER 2013.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Ahad, 6 Oktober 2013

TAKLIMAT KEM SUKAN SEKOLAH PADA 25-26 OKTOBER 2013

Taklimat Kem Sukan Sekolah Oleh Malik Tajim,Taklimat Web FROG Oleh Suzana Hj.Kurus dan Majlis Perpisahan Ust Azmi AB.Dullah.

Selasa, 1 Oktober 2013

JAMUAN RUMAH SATRIA

Satu-satunya rumah sukan yang menghimpunkan semua ahli rumah sukan dalam satu majlis jamuan ringan.Johan Perbarisan dan tempat ke 3 dalam kedudukan rumah sukan.Bangga bukan kerana kemenangan tetapi pengurusan rumah sukan yang teratur,prihatin dan menghargai penglibatan semua ahli.Teruskan.

Ahad, 29 September 2013

AMBANG BESTARI UPSR TAHUN 2014

Murid Tahun 5[Calon UPSR 2014] menghadapi Ujian Pra UPSR sebagai pendedahan awal.

Selasa, 17 September 2013

PAMERAN HASIL KERJA PENDIDIKAN SENI VISUAL[PSV]


Pada 18 SEPTEMBER 2013:-Pameran hasil kerja murid.Pameran PSV ini dikendalikan oleh Puan Bunah Majunis.

Khamis, 12 September 2013

TAKLIMAT LINUS

Pada 13 September 2013:- Satu taklimat mengenai LINUS dijalankan di SK Pekan Beluran.Gambar oleh Cikgu Irene.

MAJLIS PENANGGUHAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 13 SEPTEMBER 2013:-SK Pekan Beluran menangguhkan Bulan Kemerdekaan tahun 2013.Berbagai acara telah dipertandingkan sepanjang Bulan Kemerdekaan,antaranya adalah kuiz merdeka setiap tahun,pertandingan kelas merdeka,koir merdeka,puisi merdeka dan pertandingan melukis poster kemerdekaan.Majlis Penangguhan disempurnakan oleh Puan Salasiah Said,Guru Besar SK Pekan.

Khamis, 5 September 2013

MOHON RESTU BERSAMA IBU BAPA CALON UPSR 2013


Telah diadakan Majlis Bacaan Yassin,Solat Hajat dan Mohon Restu sempena UPSR pada 10 SEPTEMBER 2013.

Khamis, 29 Ogos 2013

PELANCARAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH.


Pelancaran Hari Kemerdekaan peringkat SK Pekan Beluran oleh Puan Salasiah Said,Guru Besar SK Pekan Beluran.Penyelaras Program adalah Puan Suryani Amat Baking dan Puan Norazah Harron.

JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA PADA 12 HINGGA 17 OGOS 2013


Penyampaian Selepang lencana dan sijil yang diperolehi oleh adik Celestina Jerry dan Melvinsen Aidid Mansoon,peserta daripada SK Pekan Beluran semasa Jambori 100 Sabah.Guru terlibat adalaj Puan Rita Ajan dan Cik Engkiu@Irene Palisa.Tempat Tapak Perkhemahan Sandakan.

HARIJADI MURID PRASEKOLAH

Pada 29 OGOS 2013,telah diadakan sambutan hari jadi kepada beberapa orang murid prasekolah di kelas Mawar dan Teratai.

Isnin, 26 Ogos 2013

REKAHAN BANGUNAN SEKOLAH

Rekahan di bangunan menempatkan bilik pembelajaran Tahun 1,rekahan akibat daripada kerja pembangunan 18 bilik darjah yang berhampiran.Didapati takungan air daripada tanah yang dikorek sehingga di tepi bangunan sekolah.Pihak kontraktor akan dihubungi untuk menjelaskan perkara ini dalam masa yang terdekat oleh pihak pengurusan sekolah.

Ahad, 25 Ogos 2013

PELANCARAN 3K

Pada 26 OGOS 2013:Hadiah disampaikan kepada para pemenang yang berjaya menjawab soalah berkisar dengan kebersihan dan kesihatan.

Jumaat, 23 Ogos 2013

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL.3 2013 DAN HEM

Tarikh: 24 OGOS 2013 Tempat: Bilik Gerakan SKPB Masa: Pukul 8.00 Pagi Fokus mesyuarat adalah persediaan mengadakan temasya sukan sekolah 25 dan 26 September 2013,dibentangkan oleh Encik Ling How Kok selaku penyelaras.Temasya ini akan dirasmikan oleh Tuan Haji Soje Abd.Hassan,Pegawai Pelajaran Daerah Beluran.

Jumaat, 16 Ogos 2013

LAWATAN PPD BELURAN


Tuan Haji Soje Abd.Hassan,Pegawai Pelajaran Daerah Beluran memberikan taklimat ringkas hasil lawatan singkat ke SK Pekan Beluran.

MALAM APREASASI PPD BELURAN

SEMPANA HARU GURU:MAKAN MALAM PADA 28 JUN 2013
Majlis makan malam pengetua/guru-guru besar dan penolong-penolong kanan.
SK PEKAN BELURAN © Saidi Liasan G Ogos 2013: Tidak ada jaminan ke atas kesulitan dan kerosakan aplikasi pengguna ketika menggunakan sebarang maklumat dalam blog ini!